assalamualaikum w.b.t kpada pembaca sekalian..
Aq harap kpada spa2 yang menbaca post aq kali nieyh tidak ada yang terasa mahupon tersingging hati terutamanya golongan PUTERI. Tujuannya adalah untuk menyedarkan kita semua dan jika ada yang tersinggung , aq mohon seribu kemaafann..
1 impak yang kita dapat lihat kesan daripada segelintir orang dewasa mahupun remaja seperti kita khususnya wanita muslim , sudah dapat menerima pemakaian tudung sebagai 1 tuntutan syarak , cermin peribadi muslimah sejati dan dalam masa yang sama , mereka yang memakai tudung masih dapat bergaya walaupun rambut ditutup litup..
Namun kadangkala , pernahkah terdetik dihati kita bahawa adakah muslimah kini bertudung kerana benar-benar melaksanakan tuntutan syariat islam , seta nawaitunya ikhlas kerana Allah SWT.. ataupun menutup rambut hanyalah 1 ikutan ataupun TREND masa kini yang muktahir dan berbagai-bagai??? Dalam surah AN-NUR ayat 31, ada dinyatakan perintah menyuruh wanita bertudung , " katakanlah kepada wanita yang beriman , hendaklah mereka menahan pandangan , dan janganlah mereka menampakkan perhiasan-perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak darinya , dan hendaklah menutup kain tudung kedadanya ".
Hal ini diperkukuhkan lagi dengan firman ALLAH S.W.T. yang mewajibkan pemakaian tudung kepada wanita muslim yang telah dimulai oleh isteri dan anak-anak baginda RASULULLAH S.A.W yang bermaksud " wahai nabi katakanlah kepada isteri , anak-anak perempuanmu serta wanita-wanita muslim , hendaklah mereka melabuhkan hijab keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali dan kerana terlepas dari seksaan api neraka jahanam".(AL-AHZAB : 59)
Walaupun begitu , situasa kiini memperlihatkan sesetengah wanita muslim mengenakan tudung yang tidak menepati ciri-ciri yang telah ditentukan oleh syariat.Ada yang bertudung tetapi masih memakai baju berlengan pendek , berseluar ketat dan baju yang mengikut potongan badan serta nipis dan jarang kainnya. Ditambah dengan gaya bertudung yang agak berlain dari segi pemakainannya. Tetapi masih menampakkan anak rambut di dpean dan juraian rambut dibelakang.
Timbul tanggapan bahawa wanita yang bertudubg belum tentu wanita baik dan yang tidak bertudung itu semestinya yang jahat. ini yang dikatakan tiada kesesuaian antara imej bertudung dan sikap individu itu sendiri. Ada sesetengah wanita ingin menyembunyikan perangai buruk yang dapat mengaburi mata orang lain kerana wanita bertudung seringkali dikaitkan denga sifat mahmudah. Hal ini wajar dielakkan kerana ia boleh mengaitkan dengan sifat prejudis di kalanganorang bukan muslim yang menganggap tidak semua wanita yang bertudung memiliki peribadi mulia..
Konklusinya , ingatlah bahawa bertudung serta menutup aurat itu bukan sahaja menunjukkan sifat terpuji seseorang wanita , tetapi juga menampakkan kelembutan dan personaliti dan hargi diri seseorang wanita yang dikatakan MUSLIM..
*P/S : TAK DAK NIAT UNTUK SESAPA...TETAPI JUGA SEBAGAI RENUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI...TETIBA JA TERPIKIR NAK TULIS DAN TETIBA TERLINTAS DALAM HATI & OTAK*

0 comments:
Post a Comment